Konfiden Eja Perkataan ‘Terengganu’, Sekali Lain Pula Yang Kanak-Kanak Perempuan Ini Sebut

0
332
Cover image via @nnnasuhaa_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini bukan saja disebabkan oleh daya ingatan mereka yang kuat, malah kanak-kanak juga merupakan fast learner. Jadi, ia memudahkan mereka untuk menyerap apa saja yang dipelajari.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan mengeja perkataan ‘Terengganu’ telah mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nnnasuhaa_, kelihatan kanak-kanak itu memegang anak patung kura-kura yang tertulis perkataan Terengganu di bawah badannya.

Dia dilihat mengeja satu-satu perkataan itu dengan lancar seolah-olah tiada satu pun yang salah.

Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila setelah selesai mengeja, dia menyebut ‘penyu’ dan bukan ‘Terengganu’.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.3M views, 136.5K likes dan 14.4K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya yang konfiden mengeja.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

More stories to read: