Disunting Dengan ‘Lagu’ Lucu, Aksi Lelaki Lari Roadblock & Dikejar Polis Ini Curi Tumpuan

0
188
Cover image via @shahh04._ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada yang tiba-tiba gelabah apabila ternampak anggota polis, terus terfikir lesen dan road tax sudah renew atau belum. Malah, ramai yang mengambil tindakan untuk lari dari roadblock kerana ada kesalahan yang dilakukan.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video ini apabila aksi anggota polis trafik mengejar seorang lelaki yang bertindak lari dari roadblock telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahh04._, kelihatan polis trafik itu mengejar lelaki berbaju kuning ketika roadblock dijalankan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Dipercayai, lelaki tersebut cuba meloloskan dirinya daripada roadblock di kawasan itu. Walaupun polis itu mencuba sedaya upaya untuk mengejarnya, suspek terbabit dilihat laju melarikan diri seperti lipas kudung.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila si perakam sempat menyunting aksi kejar-mengejar itu dengan lagu Gadis Dan Bunga nyanyian Rahimah Rahim sebagai muzik latar.

Situasi serius itu bertukar menjadi lucu gara-gara video tersebut disunting dan berjaya mencuit hati warganet di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat adegan kejar-mengejar itu. Malah, mereka juga sempat meninggalkan komen lucu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: