Hukuman Penjara Remaja Dimandikan ‘Jenazah’ Digantikan Khidmat Masyarakat Selama 120 Jam

0
285
Cover image via Amir Khalid/Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Remaja berkenaan turut dilumur dengan kapur barus oleh sekumpulan pengurusan masjid sambil diawasi oleh beberapa penduduk kampung berkenaan.

Sebilangan warganet menyokong tindakan pengurusan masjid dan penduduk kampung sebagai pengajaran kepada remaja terbabit.

Namun demikian, sebilangan lagi mengecam perbuatan itu kerana mendakwa pihak masjid dan penduduk kampung mengambil tindakan sendiri dengan membelakangi undang-undang.

Menerusi keputusan pihak Mahkamah Tinggi Shah Alam, Daniel Iskandar dilaporkan telah digantikan hukuman yang dikenakan dengan hukuman khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh 6 bulan.

Sebagai rekod, mahkamah menjatuhkan hukuman itu setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain bagi mencegah daripada orang lain melakukan kesalahan serupa.

Diharap hukuman terbaru yang diterima dapat mengubah remaja ini untuk berubah sekaligus dapat meninggalkan najis dadah agar situasi lepas tidak lagi berulang.

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: