Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, ice skating memerlukan skil tersendiri untuk meluncur dan mengimbangi badan. Namun, ada juga yang bermain saja-saja untuk berseronok walaupun tidak pandai meluncur sehinggakan ada yang jatuh dan sebagainya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pemuda ini hilang kawalan semasa meluncur telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang bermain ice skating di dalam ice rink yang tidak diketahui tempatnya.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang pemuda dilihat hilang kawalan sehingga terlanggar dan terhentak mukanya di cermin. Perkara itu membuatkan rakannya yang sedang merakam tergelak.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 800K tontonan, 143K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pemuda itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


