“Muka Tak Bersalah” – Dua Beradik Gaduh, Adik Tersenyum Dapat Buli Kakak Ini Curi Tumpuan

0
308
Cover image via @rozaidee83 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, anak kecil memang banyak kerenahnya sehingga membuatkan para ibu bapa ‘pening kepala’ hendak melayan. Itu belum kalau gaduh sesama adik-beradik lagi, memang kadang geram tapi pada masa yang sama seronok melihatnya.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua beradik gaduh di dalam kereta tetapi adiknya pula yang nakal telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan si ayah sedang merakam gelagat anak-anak perempuannya yang sedang berada di belakang kereta.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila si kakak mengadu dan menangis kerana adiknya nakal dan suka mengusiknya.

Si adik pula membuat muka selamba dan muka tersenyum puas hati apabila dimarahi ayahnya. Gelagat comel itu undang perhatian netizen.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 2M tontonan, 199K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: