Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malah, ia juga dapat menjimatkan masa daripada kita membungkus makanan di luar selain dapat mengelak wabak jangkitan Covid-19. Kebiasaannya, pasti kita akan melihat penghantar makanan adalah kaum lelaki betul tak?
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita menjadi rider foodpanda sambil membawa anak telah mengundang perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video dari @mamayayahumarsoleh itu, dia berkongsi situasi menyayat hati ketika dia sedang berada di luar.
Kelihatan dia semasa itu sedang berada di sebuah stesen minyak bersama dengan anaknya. Namun, dia kemudian ternampak seorang wanita yang merupakan rider foodpanda.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah, wanita itu siap membawa anaknya sekali yang diletakkan di badannya sambil melaksanakan tugas. Situasi itu membuatkan pemilik video sebak melihatnya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka melihat keadaan wanita tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 30K views, 2,498 likes dan 223 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: