Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, rambut wanita sering gugur dan bertaburan di atas lantai. Tambahan lagi, jika rambut itu panjang. Memang nampak segumpal dan banyak rambut bersepah-sepah.
Rimas bukan? Jangan risau. Jom belajar tips yang dikongsikan melalui video TikTok yang tular baru-baru ini tentang cara bersihkan rambut yang bersepah atas lantai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @teacherizan di laman TikToknya, dia kelihatan sedang berkongsi tips dan petua untuk menyapu lantai yang bersepah dengan rambut berguguran.
Mula-mula, lekatkan cellophane tape di satu bahagian berus penyapu. Kemudian, gunting supaya pelekatnya itu tidak terlalu panjang.
Seterusnya, teacher Izan menyapu menggunakan penyapu tersebut. Tidak dinafikan, dengan menggunakan tips itu, semua rambut yang bersepah melekat dan lantai kelihatan bersih daripada rambut yang berguguran.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan tips yang dikongsikan. Malah, ramai yang akan menggunakan tips tersebut pada masa akan datang.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 446K tontonan, 24K tanda suka dan 600 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: