Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Antaranya beg sekolah, baju sekolah, set alat tulis dan sebagainya. Anak-anak yang baru mulakan sesi persekolahan pasti teruja dan gembira.
Namun, tular baru-baru ini video di TikTok apabila seorang ibu belikan beg berjenama kepada anaknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang membeli-belah di butik berjenama Gucci.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang wanita membelikan anaknya beg Gucci untuk dijadikan sebagai beg sekolah.
Dia juga sempat menulis kapysen dalam video iaitu “bila anak hang darjah 3 minta beg sekolah Gucci”. Dipercayai anaknya ingin mempunyai beg yang sama seperti ayahnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 462K tontonan, 27K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: