Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pada awalnya, mungkin kita hanya memuat naik video sebagai suka-suka saja. Namun, siapa sangka jika konten itu menarik, ia boleh menjadi viral di seluruh negara.
Sama seperti sebuah video seorang lelaki dari Indonesia ini apabila dia mengajar cara untuk memasak ayam geprek telah mencuri tumpuan ramai gara-gara ayat pelik yang digunakannya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @arief_why1, kelihatan lelaki itu sedang mengajar cara untuk memasak ayam geprek kepada pengikutnya di TikTok.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia menggunakan ayat pelik seperti “ayam dipocong-pocong”, “gayam secukup rasa”, “tepung gantung” dan sebagainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.4M tontonan, 94K tanda suka dan 8.9K perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang menggunakan dialog merapu semasa berkongsi resepi tetapi mesejnya tetap sampai.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


