Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan saja menawarkan tempat yang cantik untuk bergambar, malah terdapat banyak aktiviti dan sukan air menarik untuk anda cuba apabila ke sana.
Sesuai dengan temanya iaitu Play, Relax and Refresh, sudah pasti anda akan jatuh cinta dengan Paradise 101 kerana pemandangannya yang cantik dan privasi. Di sinilah tempat anda melepaskan stres bekerja!
Tanpa membuang masa, kami akan kongsikan antara 9 aktiviti menarik di Paradise 101 yang anda wajib cuba apabila ke sana nanti.
1. Jet Ski Ride
Durasi: 15 hingga 30 minit
Harga: RM216 hingga RM299
2. Parasailing
Durasi: Sekitar 10 minit
Harga: RM296 hingga RM720 (mengikut bilangan orang)
3. Kayaking
Durasi: 30 minit
Harga: RM35
4. Aqua Park
Durasi: 2 jam
Harga: RM42
5. Banana Boat Ride
Durasi: 10 minit
Harga: RM47
6. Sofa Boat
Durasi: 10 minit
Harga: RM55
7. Zipline
Durasi: Boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam satu hari
Harga: RM39
8. Boat Ride
Durasi: 20 minit
Harga: RM105
9. Birdwatching
Durasi: 4 jam
Harga: RM300



