Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Banyak cerita kartun yang ditayangkan semasa kecil di televisyen termasuk Power Rangers, Dragon Ball, Shin Chan, Doraemon, Barbie dan pelbagai lagi. Sudah pasti setiap cerita mempunyai peminatnya tersendiri. Sama juga seperti kaum lelaki yang sukakan cerita Ultraman.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila dua orang lelaki dilihat khusyuk menonton cerita Ultraman sambil makan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang lelaki sedang makan tengah hari di sebuah kedai makan yang tidak dikenal pasti tempatnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua lelaki di situ dilihat sangat khusyuk dan syok menonton cerita Ultraman yang ditayangkan sambil menjamu selera. Salah seorangnya lagi siap memusingkan kepalanya untuk menonton layar yang berada di belakangnya.
“Bila kecik-kecik parents kau suruh baca buku tak bagi tengok”, kapsyen video.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 826K tontonan, 94K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


