Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun kita sudah merancang lama perkara itu, jika tidak diizinkan maka tidak terjadilah ia. Sama juga dengan urusan jodoh, jika dia bukanlah orangnya maka tetaplah bukan.
Situasi itu sama seperti yang dirasai oleh seorang pemuda ini apabila videonya tular di TikTok menziarahi kubur pasangannya yang telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video perkongsian oleh @youngmedina03, dia menceritakan seorang sahabatnya yang setia hingga membuatkan dia merasa sebak.
Pada awalnya, pemuda itu memberitahunya untuk mengajaknya ke sebuah tempat selepas selesai solat Jumaat. Dia menyangka pemuda itu ingin singgah ke kedai makan, tetapi rupa-rupanya ingin singgah ke pusara.
Menurut gadis itu, rakannya pernah berjanji untuk menghalalkan hubungan mereka, tetapi tidak kesampaian kerana telah dijemput ajal terlebih dulu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 238.1K likes dan 2,111 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:


