HomeUncategorized Semua Saluran 'Disney Channel' Di Astro Akan Ditutup Mulai 31 Disember...

[RASMI] Semua Saluran ‘Disney Channel’ Di Astro Akan Ditutup Mulai 31 Disember Ini

Dukacita dimaklumkan bahawa secara rasminya semua saluran Disney Channel Asia yang terdapat di Astro bakal ditutup mulai 31 Disember 2020

Image via Disney Channel Asia

Penutupan saluran Disney Channel Asia itu membabitkan tiga saluran iaitu Disney XD, Disney Junior dan Disney Channel.

Menurut sumber, Pengarah Kandungan di Astro, Agnes Rozario berkata, Disney telah memaklumkan kepada semua rakan strategiknya di Asia Tenggara bahawa pihaknya akan menghentikan saluran Disney XD HD (Ch 612) pada 31 Disember 2020, jam 12 tengah malam.

Selain itu, saluran Disney Channel HD (Ch 614 HD/Ch 634) dan Disney Junior HD (Ch 613) juga akan berhenti disiarkan di rangkaian saluran Astro pada tarikh dan waktu yang sama.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana memahami dengan kesulitan yang ditimbulkan,” katanya.

Dilancarkan pada Januari 2000, Disney Channel Asia pada mulanya hanya hadir dengan satu video feed dan dua trek audio dalam bahasa Inggeris dan Mandarin

Perniagaan Walt Disney di seluruh dunia terjejas teruk akibat Covid-19.
Image via HITC

Saluran ini hanya bermula di Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina selepas dua tahun lebih dilancarkan iaitu pada 1 Jun 2002.

Pemilik kepada hak milik utama penyiaran ini pula ialah Disney Channels Worldwide dari Disney – ABC Television Group yang berpusat di Amerika Syarikat dan diuruskan oleh The Walt Disney Company Asia Tenggara.

Sebilangan besar program asalnya juga sebenarnya ditujukan untuk remaja berusia 10 hingga 16 tahun.

Sementara program Disney Juniornya pula disasarkan kepada kanak-kanak yang berumur 3 hingga 9 tahun. Walau bagaimanapun program tertentunya juga ditujukan kepada penonton dari semua peringkat usia.

Terdahulu, Datuk Ahmad Izham Omar dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kandungan dan Kreatif bagi perkhidmatan streaming Disney + berkuatkuasa serta merta pada bulan November lalu

Image via Mashable SE Asia

Difahamkan beliau akan bertanggungjawab dalam membangunkan dan menerbitkan program asal termasuk perolehan kandungan Disney +.

Kemungkinan besar, tidak lama lagi Disney + pula bakal hadir di Malaysia untuk menemui semula para penggunanya dengan menggunakan platform tersebut.

Terima kasih Disney Channel kerana pernah menceriakan hari dan zaman kanak-kanak kami!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News