Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah tentu banjir kilat kali ini adalah yang paling buruk pernah berlaku di Malaysia. Malah, ramai yang tidak menyangkakan ia akan menjadi sedasyat seperti ini.
Oleh sebab itu, banyak harta benda rosak termasuklah rumah yang habis hanyut dibawa air banjir. Perkara ini sungguh menyedihkan.
Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok memaparkan perkongsian seorang budak lelaki yang terkesan dek kerana banjir telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di kawasan rumahnya yang habis mengalami kerosakan akibat banjir.
Namun, dia kemudian menceritakan antara perkara yang membuatkan dia sedih iaitu apabila robot yang baru dibelinya hilang dibawa arus air banjir. Malah, dia memberitahu ketika itu air sudah pun berada di paras pinggangnya.
Ketika ditanyakan apakah perasaannya apabila kesemua mainannya semua hilang, dia menjawab “menyerah je lah” sambil tersenyum.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 961.1K views, 140.7K likes dan 1,361 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: