Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Antara tempat yang dilanda banjir teruk ialah Shah Alam, Taman Sri Muda, Hulu Langat dan lain-lain tempat di negeri lain. Tidak dinafikan, banjir kali ini memang dikatakan paling teruk jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Namun, perkara ajaib berlaku semasa banjir apabila sebuah video tular di TikTok baru-baru ini tentang bilik solat dilihat kering dan tidak dimasuki air telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang merakam situasi rumahnya setelah dilanda banjir baru-baru ini.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendapati bilik solatnya kering dan tidak terkena air langsung. Manakala, seluruh rumah dan bilik yang lain telah pun dibanjiri air dan kelihatan berselerak.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 146K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan terpegun tentang kuasa Tuhan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: