HomeEntertainment"Lautan Air Sanggup Redah" - Kenduri Kahwin Tetap Berlangsung Masa Banjir Buat...

“Lautan Air Sanggup Redah” – Kenduri Kahwin Tetap Berlangsung Masa Banjir Buat Ramai Kagum

Cover image via @jaitopok98 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terutamanya di negeri Selangor, Melaka, Pahang dan beberapa negeri lagi yang mengalami banjir kilat. Perkara tersebut juga mengakibatkan sesetengah majlis kenduri kahwin tidak dapat dilaksanakan sehingga keluarga pengantin terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila tetamu sanggup redah air banjir untuk menghadiri kenduri kahwin telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang menghadiri majlis kenduri kahwin rakan mereka.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka sanggup redah air banjir dan kebasahan sambil makan nasi minyak.

Tindakan mereka itu membuat ramai kagum terutamanya pihak pengantin. Keluarga pengantin juga sangat bersyukur kerana masih ada tetamu yang sanggup datang.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 439K tontonan, 24K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik
Image via SAYS Seismik

More stories to read:

Must Read

Related News