HomeEntertainment"Macam Filem Crawl" - Selamba Rakam Buaya Dalam Banjir, Aksi Lelaki Ini...

“Macam Filem Crawl” – Selamba Rakam Buaya Dalam Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai cemas

Cover image via @afiqj (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terutama sekali bagi penduduk di Selangor yang tidak menyangka banjir kali ini menyebabkan ada yang kehilangan rumah dan harta benda mereka.

Disebabkan itu, kita disarankan untuk tidak bermain air banjir kerana banyak benda yang tidak nampak boleh berlaku.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang lelaki selamba merakam buaya berhampirannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi kawasannya yang habis ditenggelami air banjir.

Dia siap memberi amaran kepada semua orang berada di sekitar Puchong untuk lebih berhati-hati kerana terdapat buaya di dalam air banjir di sana.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah dia sempat merakam dan menunjukkan ada buaya yang sedang berehat berhampiran dengannya. Malah, dia sempat mengelap telefonnya untuk video yang lebih jelas. Difahamkan, buaya itu berada di kawasan Koi Prima, Taman Mas, Puchong.

Lihat antara video lain itu di bawah:

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi takut mereka selepas melihat aksi lelaki itu. Malah, ada yang menyamakan situasinya itu sama seperti filem Crawl.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 111.6K views, 2,808 retweets, 455 quotes tweets dan 2,285 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Berita Harian
Image via SAYS Seismik

More stories to read:

Must Read

Related News