HomeEntertainmentKereta Audi Dah Separuh Tenggelam Dek Banjir, Tapi Gadis Ini Santai Makan...

Kereta Audi Dah Separuh Tenggelam Dek Banjir, Tapi Gadis Ini Santai Makan Burger. Sempoi!

Cover image via @intankhalifaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebanyakan kawasan perumahan habis ditenggelami air sehingga paras pinggang, malah sesetengah tempat dinaiki air sampai ke bumbung rumah.

Sudah tentu ramai yang terkesan dan sedih kerana barangan serta harta kesayangan seperti kereta dan juga rumah sendiri musnah dek banjir.

Namun, tular pula sebuah video di TikTok ini yang memaparkan seorang gadis rileks menikmati burger dalam banjir telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @intankhalifaa, kelihatan dia sedang duduk di kerusi luar kawasan rumahnya sambil makan malam seorang diri.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila reaksinya yang selamba menikmati burger itu seolah-olah tidak kisah kawasan rumahnya dinaiki air banjir.

Lebih menarik perhatian adalah kereta di belakangnya merupakan salah satu jenama mahal iaitu Audi dan membuatkan netizen pula yang terkilan kerana risau rosak sepenuhnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 1.2M views, 92.1K likes dan 1K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan gadis itu yang masih santai menikmati burgernya tanpa menghiraukan banjir yang semakin naik.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik
Image via SAYS Seismik

More stories to read:

Must Read

Related News