Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah pasti, ini adalah antara banjir yang paling teruk pernah dihadapi oleh rakyat Selangor. Banjir kilat ini telah memperlihatkan banyak harta benda rosak serta banyak rumah yang ditenggelami air. Malah, aktiviti dan majlis seperti perkahwinan juga terpaksa dibatalkan.
Namun, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan pengantin terpaksa membatalkan majlis kahwin mereka dan memberi lauk kepada mangsa banjir telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video dari @erinerene itu, kelihatan dia berkongsi cerita yang pihak pengantin terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka dek kerana banjir yang teruk.
Malah, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah pihak pengantin membuat keputusan untuk mengagihkan lauk kenduri mereka kepada pusat pemindahan mangsa banjir di SMK Meru, Klang.
Tidak hanya itu, pihak pengantin juga turut menolong untuk mengagihkan makanan tersebut kepada mangsa-mangsa banjir di sana.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pujian buat pasangan pengantin tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 471.5K views, 58.1K likes dan 2,932 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: