HomeEntertainment Minta Feedback Pasal Pendaftaran Kolej, Jawapan Jujur Pak Cik Ini Pula...

[VIDEO] Minta Feedback Pasal Pendaftaran Kolej, Jawapan Jujur Pak Cik Ini Pula Undang Tawa

Cover image via @roamer.shopee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk memasuki ke tahun baru selepas hampir 2 tahun pandemik melanda negara. Walaupun kes harian positif masih belum reda, tetapi kita haruslah sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mengikut SOP.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila jawapan seorang pak cik ketika ditanyakan mengenai sesi pendaftaran sebuah kolej telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelajar perempuan sedang berada di sebuah kawasan seperti kolej yang sedang berlangsung sesi pendaftaran.

Dia kemudian menahan sebuah kereta dan kelihatan seorang pak cik di dalamnnya. Tanpa melengahkan masa dia bertanya kepada pak cik tersebut apakah feedbacknya mengenai pendaftaran hari itu.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah pak cik itu dengan selamba memberikan jawapan dengan menjawab “menyusahkan”. Situasi itu membuatkan pelajar tersebut terdiam sektika dan tergelak mendengarnya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengar jawapan pak cik tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 632.1K views, 43.5K likes dan 445 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News