Cover image via
@axlong (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya ia selalu menjadi dengan bantuan beberapa orang lagi bagi memeriahkannya. Seronok betul bila tengok reaksi mereka.
Baru-baru, ini tular video di TikTok memaparkan seorang lelaki membuat kejutan buat ibu dan ayahnya semasa di kedai makan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di kedai makan yang tidak dikenal pasti. Tidak lama kemudian, datang seorang waiter lelaki mengambil order mereka.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah waiter tersebut mengambil order dengan melukis membuatkan si ibu dan ayah pelik melihatnya.
Namun, apabila waiter itu membuka face masknya, si ibu terkejut melihatnya dan terus memeluknya. Rupa-rupanya lelaki itu sudah berpakat dengan adik-beradiknya mahu memberi kejutan kepada ibu dan ayahnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terharu melihat reaksi ibu dan ayahnya itu. Ada juga yang meluahkan rasa sebak mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 330K views, 37.8K likes dan 603 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: