HomeEntertainmentWanita Kongsi Cara Urus Rumah Tangga Dikecam, Ramai Anggap Suami Buat Isteri...

Wanita Kongsi Cara Urus Rumah Tangga Dikecam, Ramai Anggap Suami Buat Isteri Macam Robot

7) START MASAK. Masa yang diperlukan sebenarnya tak lama. Maksimum 30 minit is more than enough. Ya. 30 minit dan supaya flow lancar, make sure persiapan potong memotong, pembahagian bahan mentah, semua you dah siap label 1-5 contohnya. Siapkan on weekend.

Atau bahan mentah seperti ayam ikan, siap-siap pindahkan dari bahagian frozen ke bahagian yang bukan frozen sebelum pergi kerja. Contoh, hari Isnin guna semua yang label 1. Jadi tak perlu nak habiskan masa termenung depan fridge pening pening lalat. Letak timer kalau tak biasa masak laju. Practice makes perfect! Kata tengah main game. Chill dulu. Later bila you dah terror, baru nikmatnya tak terkata.

7.45pm

8) Settle masak, SOLAT MAGHRIB. Hangkut anak-anak juga. Unless jemaah ngan suami. Kalau tak, bawa anak-anak solat di bilik. Kalau you jenis sensitip bila suami tegur-tegur anak, you anggap je la anak tu kembar you. Di mana you ada, di situ anak ada.

8pm

9) MAKAN.

Tapi mama, you jangan makan sama. You suap anak anak. Sebab suami you suka you berbual dengan dia. Kalau you makan sekali dengan anak dan suami, boleh tercekik nak melayan karenah anak dan borak suami.

Lagi pun, suami you jenis suka yang bersih teratur. So suap anak tu kira tak sepah dan juga bonding time you dan anak. Bonding time you dan suami. Belajar untuk hargai masa ini. Bacalah doa banyak-banyak untuk setiap suapan. Hadiahkanlah zikir-zikir yang baik setiap kali pandang mata suami saat berborak tu. 30 minit makan siap.

10) KEMAS.

Settle sinki. Jangan ada yang tersisa. Mop tak perlu, buang masa lap-lap lekit sana sini. Untuk kes sahabat ibu ni, suami sangat sangat pembersih. Tak ada makna sinki ada pinggan semalam.

Jadi? Ambil lebih kurang maksima 30 min untuk cuci dan bersihkan dish. Suruh anak duduk dengan ayah. Cakap dekat anak kuat-kuat. Go dengan ayah. Nanti ayah sedih kalau abang tak cerita-cerita dengan ayah. Ni dialog sebenarnya cara halus nak sampaikan kat suami tengokkan anak sekejap.

9pm

11) Sediakan tempat tidur dan bawa anak anak masuk bilik. Tutup lampu sambil tu bolehlah kita solat dalam keadaan gelap. Tenang sikit.

12) COP! Dahtu bilanya maknya nak makan? Lepas habis solat. Makan! Huhuh ok fine. Ni tak ambil kira bab diet. Kalau diet terpaksa adjust makan dalam kereta on the way back home tu atau sebelum solat Maghrib

13) Bilas badan mandi hilangkan bau berlengas dapur kat badan pastu sapu minyak seluruh badan. Lagilah di bahagian pinggang dan tapak kaki. Mintalah suami sapukan. Biar hangat. Hahaha jangan hangit. Pakai stokin. Minum air secukupnya. Buka audio quran biar hati bahagia.

14) Disiplinkan diri tidur selewatnya jam 11pm supaya you tak pengsan untuk teruskan perjuangan. Sambil pejam mata syukur Allah beri hidup beri iman beri kasih sayang.

15) Bangun awal sebelum subuh. Dapatkan tahajjud walau dua rakaat. Kekuatan yang you bakal dapat serious amazing biiznillah.

Must Read

Related News