Cover image via
@itsnotafrina (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, selalu hujung tahun ini ramai yang mengambil keputusan untuk bercuti, balik kampung dan mengadakan kenduri betul tak?
Persiapan perkahwinan bukanlah perkara yang mudah kerana perlu meneliti dari pelbagai aspek terutama dalam keadaan wabak Covid-19 yang masih melanda negara.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi terpaksa mengingat kembali salasilah keluarga sebelah ayahnya untuk menjemput ke kenduri kahwinnya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi persiapan majlis perkahwinannya dan sedang menyenaraikan jemputan tetamu yang hadir.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia memberitahu keluarga sebelah ayahnya terlalu ramai sehingga dia terpaksa menyenaraikan kembali nama-nama keluarga di sana untuk menjemput mereka.
Malah, kelihatan dia siap print di sebuah kertas besar untuk menyemak kembali salasilah keluarga sebelah ayahnya itu.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 607.2K views, 96.9K likes dan 2,125 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: