Cover image via
@azrl.fzly_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka memang sangat lincah dan nakal. Panjang betul akal nak mencuri makanan di sekeliling. Pernah terjadi monyet yang sempat merasmikan makanan owner semasa memesan di foodpanda.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis mengusik monyet dari dalam kereta telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta sambil memegang makanan.
Dia dilihat mengusik monyet yang berada di depan cermin keretanya itu dengan menghulurkan makanan ke arah monyet.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila seekor monyet dilihat menyemak sama ada line clear atau tidak untuk dia mencuri makanan itu. Kemudian, datang lagi seekor monyet yang terus ingin mengambil makanan di situ namun gagal kerana mereka kena game.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.5M tontonan, 153K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihatnya. Malah, ada juga yang bersimpati dengan monyet itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: