Cover image via
Bernama
& The Star
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
PDRM melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian di aplikasi MyBayar Saman kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.
JSPT melalui kenyataannya di Facebook memberitahu, MyBayar Saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran.
Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.
Bagi tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:
Portal – https://mybayar.rmp.gov.myGoogle Playstore – https://play.google.com/store/apps/details...Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Bagi mengelak penularan jangkitan pendemik Covid-19 semua kaunter pembayaran saman di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen akan ditutup semasa pengurangan saman ini diberikan.
PDRM berharap pengurangan kompaun saman ini akan membantu orang ramai yang terkesan dalam menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak pada masa sukar pandemik Covid-19 ini.