Cover image via
@nraliia (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai yang sukakan tempat itu kerana suhunya sejuk dan tempatnya yang tinggi. Di Cameron Highlands bukan setakat mempunyai ladang teh yang cantik menghijau, malah ada ladang strawberi kegemaran ramai.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya banyak kisah disebalik tempat itu yang kita tidak tahu. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita berkongsi kisah tinggal di Cameron Highlands telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi kisahnya yang tinggal di Cameron Highlands pujaan ramai itu.
Rupa-rupanya, banyak perkara yang kita tidak tahu tentang pengalaman penduduk Cameron Highlands. Wanita itu berkongsi dia selalu memakai stoking walaupun berada di rumah kerana lantai yang sejuk.
Selain itu, mereka juga membasuh pinggan dengan secepat mungkin kerana airnya yang sejuk. Bukan setakat itu saja, mereka memang memerlukan dua lapisan comforter untuk tidur.
Tambahan lagi, makanan yang baru dimasak juga cepat sejuk. Kadangkala, minyak masak juga akan beku akibat suhu yang rendah. Mereka juga memerlukan water heater sehingga max volume untuk mandi.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 193K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen baru tahu keadaan dan rutin sebenar mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: