Sekitar era 1990-an, beberapa lagu iklan di televisyen telah menjadi kegemaran kanak-kanak antaranya seperti Adabi, Beras Cap Rambutan dan banyak lagi
Malah, sehingga hari ini lagu-lagu tersebut masih dimainkan dan setiap lirik dan melodinya boleh diingat dengan jelas.
Ini bermakna, cara syarikat-syarikat seperti Adabi dan Beras Cap Rambutan menggunakan lagu sebagai strategi marketing adalah sangat berkesan kepada pengguna.
Baru-baru ini, tular di media sosial kegemaran ramai iaitu TikTok apabila seorang remaja lelaki telah mencipta tarian sendiri dengan menggunakan lagu tema Beras Cap Rambutan sebagai background music.
Lihat video penuh itu di bawah:
@ujangbingbong
Video tersebut berjaya mencuri tumpuan ramai kerana muka remaja lelaki itu yang ‘kering’ semasa menari dari awal hingga habis lagu
Menerusi video berdurasi 26 saat itu, remaja lelaki yang dikenali sebagai Jani hanya memuat naik video tersebut secara suka-suka dan tidak sangka ianya akan viral.
Dia yang memakai pakaian lengkap berbaju melayu dan kain pelikat serta bersongkok, tidak senyum atau sengih pun semasa menari lagu Beras Cap Rambutan itu.
Sehingga kini, video itu telah meraih 1.7 juta tontonan dan lebih 7,500 komen daripada netizen.
“Brings back memories betul la lagu ni” – Netizen
Video berkenaan ternyata telah meraih perhatian daripada netizen kerana mereka berpendapat Jani menghasilkan content yang kreatif dan mungkin akan menjadi trend baru dalam TikTok.
Tambahan pula, reaksi muka Jani yang memainkan peranan semasa menari itu membuatkan ramai terhibur.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Terus melekat lagu Beras Cap Rambutan dalam kepala lepas tengok video Jani 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!