672 individu ditahan ingkar PKP semalam

0
236
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 2,368 pasukan pematuhan melibatkan 10,582 anggota membuat pemantauan di pasar raya, restoran, penjaja, kilang, bank dan 699 pejabat kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri dalam kenyataan hari ini berkata, polis menahan 672 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.

Daripada jumlah itu, 643 dikompaun dan 29 direman.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk aktiviti pusat hiburan (442), tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan lain-lain.

Beliau berkata, 2,368 pasukan pematuhan yang melibatkan 10,582 anggota membuat pemantauan di 3,482 pasar raya, 4,814 restoran serta 1,572 penjaja, 1,238 kilang, 3,124 bank dan 699 pejabat kerajaan.

Ismail juga berkata, dalam Operasi Benteng semalam 83 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 1 tekong di tahan serta merampas 3 kenderaan darat.

Beliau berkata, sejak 24 Jul sehingga 19 Dis, 89,479 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Daripada jumlah itu, 8,384 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 532 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan 80,563 dibenarkan pulang.