Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perpustakaan merupakan tempat kegemaran ramai untuk berkunjung ketika ingin mengulang kaji pelajaran
Oleh sebab itu, sudah semestinya kita memerlukan tempat yang tenang dan cantik untuk menelaah betul tak?
Suasana dan dekorasi di perpustakaan juga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat para pengunjung.
Jom kita tengok antara lima perpustakaan tercantik di Malaysia yang pasti membuatkan anda terpegun:
1. L45 (Kurau Community Library)
Image via @zippyzipeng (Instagram)
Image via @thattwirlingcat (Twitter)
Berada di kawasan sekitar kejiranan, perpustakaan ini berkongsi ruang dengan bangunan perumahan pelajar. Lebih 35,000 koleksi buku di dalamnya, ramai pengunjung jatuh cinta dengan suasananya yang tenang dan bersih.
Alamat:
45, Lorong Kurau,
Bangsar, 59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Syed Muhammad Naquib al-Attas Library, ISTAC
Image via @nurfidaiy (Instagram)
Image via Tun Razak Exchange (Google)
Perpustakaan ini telah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh cendekiawan yang namanya tergolong dalam International Institute of Islamic Civilisation & Malay World (ISTAC). Ia merupakan perpustakaan akademik yang menyimpan koleksi buku Islam dan barat.
Alamat:
International Islamic University Malaysia (IIUM),
24, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,
Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur,
Malaysia
3. Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Image via Elizabeth Tai
Image via D’ulatbuku
Perpustakaan ini adalah tempat yang bagus untuk meluangkan masa seisi keluarga kerana ia mempunyai bahagian yang berasingan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Apa yang lebih menarik, terdapat dekorasi taman dengan penampilan ‘Reading Tree’ yang besar di bahagian kanak-kanak.
Alamat:
Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
4. Penang Digital Library
Image via Penang Digital Library
Image via @boo_soonyew_67 (Instagram)
Sesuai dengan namanya, anda tidak akan jumpa sebarang rak buku di dalam perpustakaan ini kerana semuanya dihasilkan secara digital. Ia dibina lebih sebagai ruang komuniti, perpustakaan 24 jam ini mempunyai dua bangunan iaitu Mansion Library seluas 4,000 kaki persegi dan New Annexe seluas 10,000 kaki persegi.
Alamat:
135, Jalan Masjid Negeri,
Taman Guan Joo Seng,
11600 George Town,
Penang, Malaysia
5. Pusat Sumber Maklumat Universiti Teknologi Petronas (UTP IRC)
Image via Pinterest
Image via IIUM
Perpustakaan ini merupakan pusat sokongan untuk kegiatan akademik universiti dan tidak dibuka kepada umum. Ia menempatkan kira-kira 210,000 jumlah barang iaitu terdiri daripada koleksi bahan bercetak termasuklah sumber elektronik. Rak tinggi yang menjadi simbolnya merupakan tempat utama para pelajar mengambil gambar di hari graduasi.
Alamat:
Universiti Teknologi Petronas,
32610 Bandar Seri Iskandar,
Perak, Malaysia.
Jadi, jom sama-sama kita tambah ilmu di dada dengan mengunjungi kesemua perpustakaan ini apabila ia sudah mula beroperasi okay!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik