PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 1,315 kes baru Covid-19 dan 1,110 kes sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes positif setakat ini sebanyak 63,176 kes dengan kes aktif 11,508 kes.
“Dukacita dimaklumkan terdapat 4 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 350 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.