Instagram (@mistrrjackson)
& Instagram (@sushsfood)
1. Departure Lounge @ Uptown Damansara
Untuk yang selalu memilih bab-bab makanan, tempat ini khas untuk anda! Nikmati hidangan Big Breakfast mereka dimana anda boleh membuat pilihan mengikut selera anda sendiri. Jangan terlepas untuk mencuba Eggs Benedict mereka juga.
Alamat: Departure Lounge, No. 10, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 8 pagi – 7 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03 7732 7575
Status: Pork-free.
2. Yellow Brick Road Cafe @ Bukit Damansara
Terkenal dengan hidangan-hidangan breakfast mereka yang sedap dan menarik, tempat ini patut ada dalam list makan anda. Tidak kira jika anda inginkan Pancakes, Big Breakfast, atau Granola, semuanya ada di sini!
Alamat: Yellow Brick Road, No. 7, Jalan Batai, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
9 pagi – 4 petang, 6 petang – 10 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 2856 0903
Status: Pork-free.
3. Common Man Coffee Roasters @ TTDI
Dengan hidangan enak seperti Fluffy Brioche French Toast & Vanilla Ice Cream, Big Breakfast dan Pancakes yang menyelerakan, kafe ini wajib anda kunjungi. Banyak lagi pilihan breakfast di sini yang anda boleh nikmati!
Alamat: Common Man Coffee Roasters, No. 1, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8 pagi – 5 petang (setiap hari)
No. Telefon: +03 7731 7095
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
4. The Other Half Cafe @ TTDI
Kafe ini menjadi tumpuan ramai untuk breakfast. Terutama sekali, para Instagrammers. Jika anda sukakan Eggs Benedict, kafe ini menyajikan menu specialty iaitu Rendang Benedict. Kombinasi masakan Melayu dan Western ini memang menarik!
Alamat: The Other Half, 2-1 Greens Terrace, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
9 pagi – 5.30 petang (Isnin – Rabu)
9 pagi – 10 malam (Khamis – Ahad)
No. Telefon: +603 2771 6221
Status: Pork-free.
5. The Red Beanbag @ Publika
Ingin bersarapan pagi dengan something sweet? Kafe ini memang terkenal dengan hidangan pancakes mereka yang begitu sedap. Jika tidak berminat dengan pancakes, anda boleh cuba Classic French Toast iaitu roti telur yang gebu dimakan bersama buah-buahan dan ditabur madu. Lengkapkan breakfast anda dengan secawan kopi di sini juga!
Alamat: The Red Beanbag, Block A4, Publika, A4-1-08, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10 pagi – 6 petang (Isnin – Khamis)
9.30 pagi – 10 malam (Jumaat – Ahad)
No. Telefon: +6012 910 5094
Status: Pork-free.
6. FEEKA Coffee Roasters @ Bukit Bintang
Terletak di Bukit Bintang, FEEKA Coffee Roasters menyediakan pelbagai hidangan breakfast seperti Sandwich, Big Breakfast, Yoghurt Parfait dan lain-lain. Pilihan breakfast yang sihat pun ada tau! Jangan lupa untuk cuba.
Alamat: FEEKA Coffee Roasters, No. 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8 pagi – 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03 2110 4599
Status: Pork-free.
7. VCR
8. The Good Batch @ Uptown Damansara
Jom enjoy breakfast di The Good Batch! Kafe moden dan minimalis ini antara kafe anda wajib kunjungi untuk cuba masakan-masakan barat, terutama sekali menu breakfast mereka. Antara hidangan yang anda boleh cuba ialah Ang Moh iaitu Big Breakfast yang dihidang dengan telur, roti, creamy mushroom, kacang panggang, sosej, chicken slice dan tater tots. Memang berbaloi!
Alamat: The Good Batch, No. 53, Jalan SS21/1A, Damasara Utama, Selangor, Petaling Jaya
Waktu Operasi:
11 pagi – 12 malam (Selasa – Jumaat)
9 pagi – 12 malam (Sabtu)
9 pagi – 10 malam (Ahad)
Tutup setiap Isnin.
No. Telefon: +603 7733 2303
Status: Pork-free.
9. Fahrenheit 600 @ Publika
Breakfast di sini bukan biasa-biasa saja! Mereka menyajikan menu breakfast yang special iaitu Breakfast Pizza. Kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang gilakan pizza, bolehlah bawa mereka untuk cuba di sini. Jangan lupa untuk cuba Avocado Toast With Salmon juga tau!
Alamat: Fahrenheit 600, A4-G2-05, 1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10 pagi – 11 malam (Isnin – Ahad)
Tutup setiap Selasa.
No. Telefon: +603 6206 3417
Status: Pork-free.
10. Pretz n’ Beanz @ Mont Kiara
Peminat Western breakfast pastinya tidak mahu terlepas untuk mencuba menu breakfast di sini. Yang istimewanya, hidangan Big Breakfast di sini dihidangkan dengan pretzel! Unik, bukan?
Alamat: Pretz n’ Beanz, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
7 pagi – 1 pagi (Isnin – Khamis)
7 pagi – 2 pagi (Jumaat – Sabtu)
7 pagi – 12 malam (Ahad)
No. Telefon: +603 6204 9733
Status: Pork-free.
11. Tappers Cafe
Anda on a budget tetapi craving untuk masakan barat especially breakfast? Jangan risau. Di sini juga menghidangkan menu sarapan pagi Western-style. Menu Big Breakfast di sini dihidangkan dengan telur (dimasak mengikut kesukaan anda), hash brown, sosej, kacang panggang, sauteed mushroom, roti dan salad segar. Jom ke sini bersama rakan-rakan!
Cawangan: The Curve | Jaya One | Setia Alam | Cyberjaya
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook